Thursday, December 21, 2017

(4 GAMBAR) TAYANGAN OFFICIAL CARS, PENUH THRILLER DAN AKSI MENDEBARKAN

Jackson Storm Reveal Trailer

Jackson Storm Reveal Trailer


Cars 3

Nantikan di panggung wayang berdekatan anda
Cars 3

Cars 2

Cars

Ketak Bangladesh Mendatangkan Keresahan, Pegawai Imigresen Di Paksa Ambil Tindakan Keras

Kuala Lumpur: Ketak Bangla muncul kembali. Jika sebelum ini mereka berkeliaran di sekitar Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang di sini, namun kini mereka mengubah lokasi ke premis perniagaan berdekatan.
Seorang lelaki warga Bangladesh yang mahu dikenali sebagai Akbaro, 40-an, berkata, susulan laporan myMetro bulan lalu, seramai tujuh ejen haram ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dan aktiviti mereka ‘senyap’ buat beberapa minggu.
Bagaimanapun katanya, bermula dua minggu lalu, operasi ejen haram Bangladesh itu beralih ke premis perniagaan seperti restoran dan kedai baik pulih motosikal.
“Mereka bagai tidak serik dan masih meneruskan kerja haram itu,” katanya.


Dalam tinjauan wartawan MyMetro semalam, lima premis perniagaan iaitu empat restoran dan sebuah kedai baik pulih motosikal menjadi pusat operasi ejen haram ini.
Tinjauan mendapati semua restoran yang menggunakan papan tanda dalam bahasa Bangladesh dikendalikan oleh rakyat asing secara haram.
Di dalam restoran itu, ejen Bangladesh dilihat berjumpa dan berurusan dengan pelanggan masing – masing secara terbuka.

WARGA Bangladesh menunggu proses dokumentasi di sekitar Kedutaan Bangladesh di Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang.
Pengurusan restoran turut menyediakan perkhidmatan mencetak gambar pasport dan lain–lain perkhidmatan bertujuan membantu ejen haram.
Kewujudan restoran yang mempunyai papan tanda Bangladesh secara terbuka menyerupai suasana di sekitar Leboh Pudu yang tidak ubah seperti ‘ceruk Dhaka’ apabila warga asing berniaga dan membanjiri kawasan itu.
Turut dikesan sebuah homestay yang disediakan khas untuk warga Bangladesh yang boleh disewa untuk tempoh beberapa jam atau harian berdekatan wisma berkenaan.
Sejak 22 November lalu, Harian Metro secara bersiri melaporkan mengenai ejen haram atau ketak Bangla yang menawarkan khidmat mengurus dokumen bagi urusan memperbaharui dan membuat pas perjalanan di pejabat pesuruhjaya itu sejak awal tahun ini.
Kumpulan ejen terdiri daripada pengguna pas pelawat sosial dan pelajar, lari daripada majikan serta pendatang asing tanpa izin (PATI) itu berkeliaran mencari pelanggan di sekitar luar bangunan dan tepi jalan utama.

GAMBAR TERKINI SITI NURHALIZA BAKAL MELAHIRKAN ANAK PERTAMA DI LUAR NEGARA?

Berita kehamilan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara yang dinanti banyak pihak terutama stesen TV yang ingin mendapatkan hak penyiaran eksklusif.
Bagaimanapun, Siti, 38, mengakui dia belum mendapat sebarang tawaran daripada mana-mana stesen TV untuk menerbitkan program realiti membabitkan diri dan anak yang dijangka dilahirkan pada Mac tahun depan.
“Saya tak ada sebarang perancangan dan tak terfikir pun ke arah itu. Namun, sekiranya ada, saya perlu bincang dengan suami kerana ia membabitkan anak kami. Kalau nak cakap sejauh mana penerimaan suami okey atau tidak dalam perkara ini, kami tak pernah berbincang mengenainya.
“Sekarang usia kandungan sudah enam bulan. Kebiasaannya kalau program realiti sebegini ia mengambil masa terutama dari segi konsep dan isi kandungan,” katanya.
Namun, Siti yang popular menerusi lagu Segala Perasaan berkongsi dia mendapat tawaran daripada pihak yang ingin menaja barangan keperluan bayi.
“Memang ada pihak ingin menaja, tetapi saya belum beri kata putus. Sekiranya, okey saya anggap ini adalah rezeki anak. Dalam perkara ini, suami sebenarnya sangat teliti. Kalau boleh, dia tak nak main ambil saja.
“Pada masa sama, saya berterima kasih kepada semua peminat yang memberikan hadiah. Disebabkan banyak, saya letak dalam satu bilik khas. Saya pula merancang untuk buat persiapan membeli barangan bayi pada usia kandungan tujuh bulan,” katanya.
Siti juga berkongsi, sehingga sekarang dia masih mendapat tawaran menjayakan persembahan korporat dan makan malam.
Namun, Siti menolak cara baik kerana ingin fokus kepada kehamilan itu selain tidak mahu memudaratkan kesihatan.
“Kalau nak tahu, empat bulan pertama kehamilan saya berasa tak selesa sehingga ‘mood’ nak menyanyi pun tak ada. Saya berasa cepat penat dan asyik loya saja. Apabila sudah masuk lima bulan, baru saya okey dan boleh menyanyi.
“Itu yang saya boleh menyanyi pada majlis pernikahan Adib dan Izara serta menjayakan persembahan bersama CEO syarikat. Pada masa sama, tawaran menyanyi masih ada, tetapi setakat ini semua saya tak ambil.
“Walaupun mereka sekadar nak dua dan tiga lagu saja, saya menolak cara baik. Kalau boleh saya nak fokus kepada kehamilan ini. Saya tak nak ambil sebarang risiko,” katanya.
Namun, bagi mengubat kerinduan peminat, Siti bakal menjayakan konsert di Malaysia, Indonesia dan Singapura.
“Alhamdulillah, saya mendapat tawaran mengadakan konsert di Indonesia dan Singapura. Insya-Allah, jika segala perbincangan berjalan lancar konsert ini bakal diadakan tahun hadapan iaitu selepas bersalin.
“Bagi peminat di sini pula, sebuah konsert muzikal bakal diadakan pada hujung tahun hadapan. Bagaimanapun, semuanya masih dalam proses. Begitu juga dengan produk baru saya, ia bakal dilancarkan selepas bersalin nanti,” katanya.
CTDK-Ation penuh drama
Dalam perkembangan lain, Siti bakal muncul dalam program percutian CTDK-Ation yang mula bersiaran pada 29 Disember ini di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Program yang mengambil masa 20 hari di tiga negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sepanyol dan Portugal itu membabitkan percutian Siti dan suami bersama 24 ahli keluarga Datuk Seri Khalid.
Menariknya, program itu menyaksian Siti bersama keluarga mengunjungi lokasi percutian menarik selain menjejaki tinggalan sejarah Islam.
“Ini satu pengalaman baru untuk kami sekeluarga. Seronok dapat pendedahan sebegini apatah lagi ia membabitkan ahli keluarga. Tidak dinafikan, banyak ‘drama’ berlaku yang ia turut dipaparkan dalam program ini.
“Apa yang bakal disaksikan nanti semuanya berlaku secara semula jadi tanpa dirancang atau lakonan. Kalau ada yang disunting pun, ia hanya dua peratus. Saya nak pastikan perkara sensitif tidak ditayangkan. Namun, perkara ini masih tidak menjejaskan isi kandungan program.
“Saya nak penonton menikmati percutian kami dan mengenali lebih dekat keluarga besar suami. Pada masa sama, saya nak tekankan sejarah peninggalan Islam di Eropah. Kiranya, ia bukan percutian untuk berseronok saja,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

Monday, July 27, 2015

Rozita Che Wan Hidup Mewah, Berbaloi Jadi Artis


Tidak mahu mencipta alasan untuk berjaya, Rozita Che Wan atau 
Che Ta mengakui bahawa kehidupan sebagai seorang selebriti sebenarnya mampu menjamin sebuah kehidupan seperti apa yang diidamkan oleh kebanyakan orang.

“Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang,” kata Che Ta menerusi program hlive! Apa Kata Malaysia?
Tambah pelakon ini juga, pendapatan yang diperolehinya dalam jangka masa sebelum mampu mencecah RM60,000 hanya melalui lakonan sahaja dan tidak termasuk bayaran pengiklanan dan sebagainya.
Selain bijak dalam berbelanja, Che Ta juga menjelaskan bahawa dia sendiri dalam masa yang sama sudah merancang dengan membuat persediaan menceburi bidang perniagaan demi masa depannya. Namun tindakannya berkongsi gambar kemewahan di Instagram bukanlah atas dasar menunjuk-nunjuk.
“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki,” jelasnya.- Sumber Rotikaya

Penjawat awam wajib bayar PTPTN melalui potongan gaji

Penjawat awam wajib bayar PTPTN melalui potongan gaji

PUTRAJAYA: Kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membuat bayaran melalui potongan gaji, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Buat permulaan, katanya, sebanyak 480 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk 136 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional akan mula membuat potongan gaji bagi bayaran balik PTPTN September ini.

Tarikh permulaan pembayaran balik PTPTN melalui potongan gaji untuk kementerian dan agensi lain akan dibincangkan pada perjumpaan dengan para Ketua Setiausaha (KSU) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Jumaat ini, katanya.

"Jumaat ini juga saya akan menyampaikan senarai nama penjawat awam yang membuat pinjaman PTPTN kepada KSU dan SUK agar penjawat awam membayar balik melalui potongan gaji," katanya kepada pemberita selepas Program Sesi Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama pegawai JPA dan sesi taklimat PTPTN di sini pada Isnin.

BACA: Potong gaji penjawat awam tidak bayar PTPTN - Ali Hamsa

BACA: PTPTN : Potong gaji penjawat awam tindakan terakhir

Beliau berkata jumlah potongan gaji bulanan akan ditentukan mengikut kemampuan masing-masing.

Mohamad Zabidi berkata nama penjawat awam yang membuat pinjaman PTPTN akan dimasukkan ke Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) untuk memastikan mereka tidak terlepas daripada membuat bayaran balik PTPTN.

"Sebagai penjawat awam, kita harus menunjukkan sikap bertanggungjawab dan menjaga integriti untuk melunaskan hutang (pinjaman PTPTN) dan bukan lari daripada tanggungjawab," katanya.

Bulan lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman PPTPTN akan menerima surat pemotongan gaji.

Ali berkata mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred (kecuali Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang tidak pernah membuat pembayaran adalah sebanyak 32,803 orang manakala penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-sekala  (tidak konsisten) adalah sebanyak 130,204 orang.

Dalam pada itu, Mohamad Zabidi berkata JPA juga sedia memainkan peranan untuk menjadi pemudah cara antara peminjam dan PTPTN.

Mengenai perjumpaan warga JPA dan sesi taklimat PTPTN, beliau berkata ia adalah satu platform interaksi antara warga JPA dengan pihak PTPTN mengenai kaedah terbaik untuk mengatur pelan pembayaran pinjaman sesuai dan mengikut kemampuan masing-masing.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata kini terdapat dua juta peminjam di seluruh negara dan 280,000 daripadanya merupakan penjawat awam.

Beliau berkata peminjam tidak kira di sektor awam atau swasta wajar mengambil langkah proaktif untuk menghubungi PTPTN berhubung pembayaran balik pinjaman.

"Kalau ada masalah, mereka harus datang berjumpa, berbincang dan berunding dengan pihak kami agar akaun anda berada dalam keadaan baik," katanya.

Saturday, December 29, 2012

Aksi Nakal Leuniey Dan Khairul Fahmi Apex Di Majlis Perkahwinan


Gambar Comel Leuniey Dan Apek Di Majlis Kahwin Mereka. Serasi Dan Sporting. Tahniah buat pasangan ni yang nampak sungguh ceria dan bahagia di majlis pernikahan mereka. Mereka turut merakan gambar aksi-aksi comel bersama. Layan....

      

                 

                        

                        

                  

                            

Friday, December 28, 2012

9 GAMBAR Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Sydney Berbulan Madu


GAMBAR Farid Kamil Dan Diana Danielle  Di Sydney Berbulan Madu.  Pasangan pengantin baru, Farid Kamil dan Diana Danielle kini sedang berada di Sydney, Australia untuk berbulan madu. Jum layan 9 GAMBAR Farid Kamil Dan Diana Danielle  Di Sydney Berbulan Madu
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
Yang menariknya, pelajar-pelajar Malaysia di sana telah berkesempatan untuk bertemu dengan selebriti popular ini. Malah pelajar-pelajar ini telah membawa Farid Kamil dan Diana Danielle menikmati makanan di sebuah restoran di Sydney. Pasti mereka teruja bertemu dengan Farid dan Diana.
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
7 lagi gambar percutian bulan madu Farid Kamil dan Diana Danielle dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info dan gambar daripada Twitter AainaKona.
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle