Thursday, December 21, 2017

Ketak Bangladesh Mendatangkan Keresahan, Pegawai Imigresen Di Paksa Ambil Tindakan Keras

Kuala Lumpur: Ketak Bangla muncul kembali. Jika sebelum ini mereka berkeliaran di sekitar Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang di sini, namun kini mereka mengubah lokasi ke premis perniagaan berdekatan.
Seorang lelaki warga Bangladesh yang mahu dikenali sebagai Akbaro, 40-an, berkata, susulan laporan myMetro bulan lalu, seramai tujuh ejen haram ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dan aktiviti mereka ‘senyap’ buat beberapa minggu.
Bagaimanapun katanya, bermula dua minggu lalu, operasi ejen haram Bangladesh itu beralih ke premis perniagaan seperti restoran dan kedai baik pulih motosikal.
“Mereka bagai tidak serik dan masih meneruskan kerja haram itu,” katanya.


Dalam tinjauan wartawan MyMetro semalam, lima premis perniagaan iaitu empat restoran dan sebuah kedai baik pulih motosikal menjadi pusat operasi ejen haram ini.
Tinjauan mendapati semua restoran yang menggunakan papan tanda dalam bahasa Bangladesh dikendalikan oleh rakyat asing secara haram.
Di dalam restoran itu, ejen Bangladesh dilihat berjumpa dan berurusan dengan pelanggan masing – masing secara terbuka.

WARGA Bangladesh menunggu proses dokumentasi di sekitar Kedutaan Bangladesh di Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang.
Pengurusan restoran turut menyediakan perkhidmatan mencetak gambar pasport dan lain–lain perkhidmatan bertujuan membantu ejen haram.
Kewujudan restoran yang mempunyai papan tanda Bangladesh secara terbuka menyerupai suasana di sekitar Leboh Pudu yang tidak ubah seperti ‘ceruk Dhaka’ apabila warga asing berniaga dan membanjiri kawasan itu.
Turut dikesan sebuah homestay yang disediakan khas untuk warga Bangladesh yang boleh disewa untuk tempoh beberapa jam atau harian berdekatan wisma berkenaan.
Sejak 22 November lalu, Harian Metro secara bersiri melaporkan mengenai ejen haram atau ketak Bangla yang menawarkan khidmat mengurus dokumen bagi urusan memperbaharui dan membuat pas perjalanan di pejabat pesuruhjaya itu sejak awal tahun ini.
Kumpulan ejen terdiri daripada pengguna pas pelawat sosial dan pelajar, lari daripada majikan serta pendatang asing tanpa izin (PATI) itu berkeliaran mencari pelanggan di sekitar luar bangunan dan tepi jalan utama.

0 comments:

Post a Comment